Sunday, 7 April 2013

CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
·         Taat kepada perintah Alah
·         Baik budi pekerti dan bersopan santun
·         Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
·         Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
·         Tidak mendedahkan keburukan kawan
·         Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
·         Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan
CARA BERADAB DENGAN KAWAN
Ø  Sentiasa memberi salam dan  mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
Ø  Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
Ø  Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
Ø  Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
Ø  Sentiasa bersangka baik dengan kawan
KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK
·         Mendorong  melakukan perkara kebaikan
·         Dapat mencontohi kebaikannya
·         Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
·         Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah

Saturday, 6 April 2013

Amanah dalam kehidupan



Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan.Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil"
-surah al Ahzab ayat 72

"Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan,perkataan ataupun kepercayaan"
Banyak sebab manusia menghormati seseorang, ada kerana pangkat, jawatan, kekayaan, pengaruh, ilmu dan akhlak.

Manusia yang tidak punyai ilmu dan akhlak yang terpuji tidak akan dihormati lagi setelah mereka kehilangan pangkat, jawatan, kekayaan dan pengaruhnya.

Tidak perlu cari penghormatan dari manusia sebaliknya carilah ilmu dan didiklah akhlak diri supaya tahu menghormati orang lain dan mentaati Allah.

Dengan itu seluruh penduduk bumi dan langit akan menghormatimu meskipun diri telah meninggal dunia.